KURSUS PENULISAN ILMIAH DI SANDAKAN

>> Monday 23 November 2009

Encik Abdul Halim Ismail
Pengarah Urusetia Tetap MBKM
Para peserta

Sekitar 70 orang guru dari Zon Sandakan mengikuti kursus Penulisan Ilmiah yang dianjurkan oleh Majlis Buku Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Pusat Teknologi Pendidikan Sandakan. Kursus tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah Urusetia Tetap MBKM, encik Abdul Halim Ismail.

Kursus berkenaan berlangsung selama tiga hari dua malam bertempat di salah sebuah hotel di Sandakan. Antara pengisian kursus ialah Anatomi Buku, Bengkel Penulisan dan dialog bersama penulis buku Utahaya Sankar SB.

Read more...

SK KEM TENTERA SANDAKAN BERI SAINGAN


20 November 2009- bertempat di Auditorium, Wisma Bandaraya satu Festival Filem Pendidikan 2009 anjuran Bahagian Teknologi Pendidikan (BTPN) Sabah telah diadakan. Daripada 31 buah sekolah seluruh Sabah, sebanyak 10 filem pendek terbaik dipertandingkan untuk merebut beberapa anugerah pada malam itu. Antara kategori anugerah yang dipertandingkan :
1. Kategori Cerita Terbaik - Lahad Datu
2. Kategori Suntingan Terbaik - Lahad Datu
3. kategori Penggunaan Kesan Khas Terbaik- Sandakan
4. Kategori Kreativiti Terbaik - Tawau
5. Kategori Pelakon Lelaki Terbaik -
6. Kategori Pelakon Wanita Terbaik - Sandakan
7. Pemenang Keseluruhan FFPNS 2009 (Johan, Naib dan Ketiga).
Antara Filem Top 10 ialah : Cucu dan Atok (Geng Kids Production) SMK Kudat II, Kudat, Kawan Lama The Movie (Teen Style Production) SMK Kudat II, Kudat, English (Techzech Production) SMK Kuhara, Tawau, Jangan Ganggu Aku (Laginda Production) SMK(A) Mohamad Ali, Ranau, Jojo (Media Raudha) SK Kem Tentera, Sandakan, Sinar Kehidupan (Cyberteam Production) SMK Merpati, Sandakan, Misteri Kehilangan Barang (Netwave Inc.)SMK Tawau, Tawau, Belakang Cikgu ( Qantoy Production) SMK Lok Yuk, Kudat, Harta Karun (Rumble Studio Production) SM Sains, Lahad Datu. Buku Misteri (Hollow Production) SM Sains, Lahad Datu.
SK Kem Tentera Sandakan telah mendapat tempat kedua yang juga satu- satunya sekolah Rendah yang mengikuti pertandingan ini. Tempat pertama dari Lahad Datu menerusi filem Harta Karun dan tempat ke tiga dari SMK Merpati Sandakan.

Read more...

TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN

>> Monday 28 September 2009

peserta Bengkel Digital Story Telling

"Teknologi pendidikan ialah gabungan manusia, peralatan, teknik dan peristiwa yang bertujuan untuk memberi kesan baik kepada pendidikan"
(Crowell (1971):Encyclopedia of education)
"Teknologi dalam pendidikan ialah penggunaan kemahiran dan teknik moden dalam keperluan latihan, yang meliputi kemudahan belajar dengan menggunakan persekitaran setakat mana ianya menimbulakn pembelajaran"
(Uhwin Derek (1976): Applying Educational Technology)
Kesimpulan: Teknologi pendidikan ialah satu sistem yang meliputi alat dan bahan media, organisasi yang digunakan secara terancang bagi menghasilkan kecekapan dalam pengajaran dan keberkesanan dalam pembelajaran.

Read more...

BENGKEL DIGITAL STORY TELLING

>> Sunday 27 September 2009

Encik Azmy Ahmad bersama urusetia bengkel

SMK Batu Sapi

SMK Sandakan Bestari

Encik Chua, BTPN Sabah membimbing pelajar SMK Perempuan
Pelajar SM ST Mary

SM ST Cecilia

SM Sung Siew

SMK Merpati

Bengkel berkenaan berlangsung di SMK Sandakan (Bestari) selama 4 hari bermula 28 September - 1 Oktober 2009. Seramai 28 peserta dari 7 buah sekolah menyertai bengkel yang diselengara oleh Pusat Kegiatan Guru (PKG) Daerah Sandakan.
Pengunjung boleh melayari sesawang berikut untuk panduan DIGITAL STORY TELLING:

Digital Storytelling Blog Carnival
Electric Shadows, An ITVS and Independent Lens production of web-original story projects by indy producers
Bay Area Video Coalition's Next Generation storytelling programs
BBC Digital Storytelling
Center for Computer Graphics, Digital Storytelling Department
history of surveillance in US with first person audio/photo accounts and backstory by six historians
The San Diego LGBT Community Center's Digital media Project
The Australian Centre for the Moving Image offers workshops in Digital Storytelling
Ball State University Graduate Study in Digital Storytelling
Bristol Stories - Bristol-based storytelling project, linked to the Museum of Bristol
Educational Uses of Digital Storytelling
Storytelling: A Practical Classroom Management Strategy
Capture Wales: Digital Storytelling
BBC Telling Lives: Digital Storytelling in England
7 Things You Should Know About Digital Storytelling
Example of Digital Storytelling developed by the United Nations University
Queensland Stories - Digital Storytelling from the State Library of Queensland
Mediatized Stories - an international academic network studying the phenomenon
Digital storytelling in Higher Education
Older People (50+) using Digital storytelling for change
Retrieved from "http://en.wikipedia.org/wiki/Digital_storytelling"

Read more...

PKG SANDAKAN ANJUR BENGKEL PENGISIAN DATA SSQS DAN STS

>> Tuesday 18 August 2009




Seramai 28 guru- guru penyelaras ICT berkumpul di PKG Sandakan untuk mengadakan bengkel SSQS dan STS. Bengkel ini dipimpin oleh Encik Azmy Ahmad, Penyelaras PKG Sandakan.

Read more...

PENARAFAN MENGGUNAKAN SSQS UNTUK PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2009

>> Sunday 12 July 2009

Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Oleh yang demikian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menjalankan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 (PIPP) dan pelaporan kepada pihak Menteri Pelajaran.
Penarafan ini akan dijalankan dari tempoh 13 Julai hingga 20 Ogos 2009 melalui portal SSQS di alamat
http://ssqs.moe.edu.my . Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) akan menyelaras pelaksanaan tersebut.
Surat pemakluman kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah telah diedarkan pada 25 Jun 2009. Surat tersebut juga boleh dimuat-turun di alamat berikut ;
http://www.datafilehost.com/download-4ebb4f0c.html

Read more...

JANGAN TOLAK

>> Monday 22 June 2009

bacaan ikrar oleh peserta KDP, Guru Bestari. Kohort 2/2009

Pada Isnin, 29 Jun 2009 merupakan hari sulung bagi peserta KDP, Guru Bestari, Kohort 3/2009 di IPG Tawau. Tentunya sudah ramai peserta hari ini menerima surat panggilan ke kursus berkenaan. Ada yang sedikit menggelabah, ada juga yang belum dapat memutuskan sama ada hadir atau sebaliknya dan tidak kurang juga yang menolak!

Berkongsi pengalaman saya, saya telah dua kali menerima tawaran dan setiap tawaran saya tolak, atas alasan terlalu banyak program sekolah yang perlu dilaksanakan disamping kursus- kursus yang perlu dihadiri. Namun pada tawaran ketiga (Kohort 2/2009) saya tidak lagi menolak lantas menghadirinya, itu pun saya terlambat sehari. Dijangkakan seramai 25 peserta akan menghadiri kursus berkenaan, malangnya hanya 8 peserta sahaja yang berjaya menghadirinya. Kursus ini hampir- hampir dibatalkan, nasib menyebelahi kami, kursus diteruskan!

Selama 4 minggu mentelaah mengenai bestari, saya dan tujuh rakan saya mula menyedari tentang kepentingan dan manfaatnya hadir di kursus ini. Disamping dapat meraih kawan baharu, menimbah ilmu, mengembalikan nostalgia semasa menuntut di maktab (sekarang IPG) saya dapat kesegaran baharu dalam jiwa saya sebagai pendidik. Ianya memuhasabahkan diri saya untuk melihat sejauh mana saya 'pergi' di dalam kerjaya saya sebagai guru.

Andainya semua guru dapat melihat dan merasa 'keindahan' yang tersirat dalam kursus ini, guru- guru akan berlumba- lumba untuk hadir di mana- mana IPG yang menawar kursus ini di Sabah.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan baharu secara sistematik tentang pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi maklumat (TMK) hari ini. Ia juga memberi input tambah nilai yang baik dan bertenaga untuk merangsang minda kita sebagai seorang pendidik.

Jika ANDA mendapat tawaran ini, janganlah sekali- kali menolak. Kalau saya tahu manfaat kursus ini begini, saya tak akan menolak semasa panggilan saya yang pertama dahulu. Kepada Briged Bestari 008, saya bersyukur kursus ini mempertemukan kita berlapan untuk manfaat yang lebih besar. TAHNIAH!

Read more...

UNTUK MAJU PERLU KOMITMEN DAN KONSISTEN

>> Thursday 11 June 2009


Projek pembestarian di sekolah bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Tetapi dalam kesukarannya bukan bermakna ia tidak boleh dilaksanakan. Asal jangan kita 'tidur'. Biar merangkak sekalipun itu tidak apa. Orang Melayu kata; kerja yang dibuat bersedikit-sedikit lama- lama ianya akan menjadi bukit dan sehari selembar benang, lama- lama ia menjadi kain. Tambahan lagi usaha ini memang berkait rapat dengan profesionalisme pendidikan kita dan itu memang kerja kita. Pembestarian pun bukanlah untuk menambah beban labih dari itu ia membantu kita untuk menjadi GURU YANG DIKASIHI agar dapat mengajar dengan sempurna kepada anak- anak didik kita. Maka amat rugi sekali! mana- mana guru yang tidak mahu menghadiri kursus Guru Bestari ini. Briged beruntung! Keuntungannya berlipat sebelum kita menghadiri kursus ini. Apakah keuntungan itu?
  1. Kita memperolehi nilai tambah dunia pendidikan dan kependidikan. Dan nilai ini hanya diperolehi bila menghadiri kursus ini.
  2. Kita menjadi lebih berbeza dibandingkan dengan rakan- rakan sejawat kita di sekolah. Perbezaan ini merangkumi perspektif kita terhadap bidang tugas kita, cara berfikir, ketrampilan dan komitmen.
  3. Perkenalan kita. Jalinan perahabatan kita tidak hanya sebagai seorang kawan lebih dari ia satu hubungan persaudaraan seperti adik beradik yang riang, gembira dan ceria selalu.

Nilai ini harus dipupuk dari masa ke semasa. Komitmen dan konsisten kita perlu dibajai dengan kata- kata motivasi, pembacaan dan pengkajian yang berterusan. Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan.

Rakan- rakan Briged Bestari sekalian, saya yakin kepada anda semua! Anda mampu untuk melakukan. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

Read more...

BLOG BRIGED BESTARI DILANCARKAN

>> Friday 15 May 2009


Laman blog merupakan satu lagi aset perhubungan masa kini yang canggih. Menerusinya seseorang boleh mengetahui maklumat sesuatu isu walau di mana dia berada sekali pun. Sempena dengan majlis penutupan KDP Guru Bestari, blog BRIGED BESTARI, 8 sekawan telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah IPG, Tawau. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas kerjasama yang diberikan oleh peserta membina laman tersebut. Laman blog ini akan dijadikan informasi Briged Bestari dari masa ke semasa.

Read more...

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS MERIAH


Majlis penutupan KDP Guru Bestari disambut meriah oleh peserta dan pensyarah. Turut hadir dalam majlis tersebut para pelatih IPGM, Tawau. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Timbalan Pengarah IPGM, Tawau. Beliau turut menasihati para peserta agar redha dengan tanggungjawab serta bersunguh-sungguh dalam usaha mentarbiah anak- anak didik di sekolah. Beliau rasa berbangga dan bersyukur KDP Guru Bestari Kohort 2/2009 berjaya dilaksanakan meskipun hanya ada 8 peserta yang menyertainya. 5 peserta datang dari Sandakan dan 3 dari Lahad Datu. Dalam ucapan Ketua Unit, Encik Hatta Yunus menyatakan rasa terima kasih mereka kepada pembimbing kursus bestari ini yang sanggup melayan 'karenah' peserta. Sesungguhnya kursus seumpama ini adalah yang terbaik untuk semua guru, tambah beliau lagi.
Majlis berkenaan turut diisi dengan ucapan para pelatih IPG Tawau, Sambutan Hari Guru, Penyampaian Sijil dan Cenderahati, pertukaran hadiah di antara peserta, jamuan dan salam perpisahan.

Read more...

BERSAMA PENGARAH IPGM, TAWAU

>> Tuesday 12 May 2009

Pelajar hari ini memerlukan perubahan dan transformasi pengajaran daripada gurunya. Guru perlu berubah sesuai dengan keperluan semasa. Murid sangat suka belajar sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Sebaliknya pembelajaran yang 'chalk and talk' boleh mengundang rasa bosan dan rimas di kalangan pelajar. Implikasinya; pelajar tersebut akan malas dan tidak bermotivasi untuk belajar akhirnya, dia terlibat dengan salah laku disiplin. Demikian perkongsian Pengarah bersama Briged semasa kunjungan Pengarah IPGM, Tawau ke bengkel Briged Bestari baru- baru ini.
Kita pun akan merasa bosan dengan hidangan yang sama setiap hari. Demikian dengan cara pengajaran yang sama setiap minggu diberikan kepada pelajar tanpa perubahan dari segi kaedah dan strategi akan mendatangkan bosan kepada mereka, pesan pengarah.
Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut puan Gulson Begum, Briged Bestari kali ini dilihat memiliki komitmen yang tinggi disamping kemahiran ICT yang baik. Menurutnya lagi komunikasi baik yang ditunjukkan oleh briged menunjukkan nilai dan sikap briged diyakini mampu untuk merealisasikan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing- masing.
Sebelum kunjungan itu berakhir briged turut sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pensyarah IPGM Tawau yang memberi komitmen dalam penyampaian dan bimbingan baik mengenai konsep bestari. Menyentuh hati Pengarah adalah ucapan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU daripada briged.

Read more...

BRIGED DI SK BALUNG

>> Monday 11 May 2009

Kunjungan Briged Bestari untuk mengadakan simulasi pengajaran dan pembelajaran di SK Balung cukup memberi kesan positif dalam diri briged. Keramahan dan komitmen guru serta pelajar sekolah ini telah memberi semangat untuk briged melaksanakan pembestarian di sekolah. Turut bersama briged ialah puan Gulson Begum, pensyarah juga salah seorang pembimbing utama briged.

Tidak disangkal dan dinafikan, kerja seorang guru menjangkau had masa dan zaman untuk mewujudkan komuniti besar masyarakat yang tahu dan beramal dengan nilai dan ilmu yang diajar oleh seorang guru. Pembestarian bukanlah satu kerja yang membeban dan menyusahkan. Menurut cikgu Saiful Nizam dalam kenyataannya, konsep bestari merupakan satu cara pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berupaya untuk memudahkan guru mengajar dengan lebih berkeyakinan, bergaya dan seronok.

Pelajar Tahun 6, gembira dengan kunjungan briged

- Guru bestari ialah guru yang memiliki pengetahuan dan integriti dalam membawa pelajar untuk mena'akul, mengkaji ilmu sedalam- dalamnya. Ertinya guru ini bukan setakat mengajar tetapi lebih dari itu guru bestari adalah pembimbing yang cukup kental dan sabar, sedar dan insaf, faham dan tahu akan dirinya sebagai guru. Teknologi juga dilihat sebagai satu aset utama guru dalam menyampaikan ilmu.

bersama dengan ustazah Salmiah, guru SK Balung.

- Briged merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SK Balung kerana memberi ruang kepada briged untuk berinteraksi dengan para pelajar. Briged meletakkan harapan yang tinggi, SK Balung mampu untuk menjadi Sekolag Bestari suatu masa nanti. SK Balung boleh dikunjungi menerusi web :http://www.maxis.communities.com.my/sites/skbalungtawau/index.cfm?h=page&a=home

Read more...

INTEGRITI GURU TERAS PENJAYAAN SEKOLAH BESTARI

>> Sunday 10 May 2009

lawatan briged BESTARI ke SMK Sains Lahad Datu
Guru merupakan penggerak teras ke arah pembentukan pelajar bestari yang unggul dan berdaya maju. Umum sedia mengetahui guru juga adalah pereka unggul yang mencorak pemikiran dan gaya hidup Malaysia sepanjang masa. Peranan ini cukup besar dan bertanggungjawab untuk dipikul oleh seorang guru. Hakikat inilah yang wajib diterima oleh individu apabila dia bergelar GURU BESTARI.
Briged dikunjungi oleh pelatih- pelatih IPGM, Tawau
Apa itu Bestari? merujuk kamus Dewan, edisi empat/ muka surat 175, bestari membawa 2 makna; 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yang baik, 2. beroperasi dengan berbantukan komputer dan, teknologi maklumat. Kesimpulannya seseorang guru itu perlu memiliki integriti yang baik dan berpengetahuan luas dalam bidang teknologi maklumat gunanya untuk menyediakan senario pengajaran dan pembelajaran untuk murid agar selaras dengan perkembangan dunia semasa dan murid itu kelak mampu pentadbir negara atau sekurang-kurangnya mempunyai kesedaran diri yang murni di dalam kehidupannya.
Briged dikeremuni oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5, SMK Balung.
Guru tidak akan dapat mengelak untuk tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini. Untuk maju kita perlu berubah. Berubah dari satu situasi ke situasi dan pengamalan ilmu yang lebih baik. Guru sebagai contoh dan teladan masyarakat seharusnya menampilkan integriti yang baik, berkeyakinan, cinta ilmu dan bijak.

Read more...

KEBERKESANAN APLIKASI ICT DI SEKOLAH

>> Thursday 23 April 2009

guru harus menerima perubahan tuntutan semasa untuk meningkatkan profesionalisme pendidikan ke arah melahirkan generasi yang berdaya saing dalam pelbagai bidang.

Information Communication Technology (leT) 'memainkan peranan yang penting dalam merubah suasana sekolah secara menyeluruh. Terdapat enam gaya perubahan yang akan dihadapi oleh para pengetua dan guru besar.
Perubahan pertama ialah dalam sekolah itu sendiri yang melibatkan kerja membina prosedur baru, aliran kerja, kumpulan kerja, asas pengetahuan, perkhidmatan dan komunikasi.
Perubahan kedua berkaitan dengan struktur organisasi sekolah antaranya kewujudan unit Information Technology (IT) yang akan memudahkan perhubungan maklumat kepada pengguna dan memberikan laporan mengenai sekolah dengan tepat, cepat dan lengkap.
Ketiganya ialah hubunganan tara sekolah dengan pihak luar seperti pelanggan baru, hubungan dengan para pembekal, rakan kongsi dan persatuan atau persekutuan.
Perubahan keempat pula penting dalam bidang ekonomi yang melibatkan penggunaan alatan elektronik, bentuk baru pasaran promosi sekolah dan pengiklanan, kos urusniaga atau belanjawan sekolah dan gaya pentadbiran dalam hubungannya dengan pelanggan dan pembekal.
Seterusnya ialah perubahan kelima, penting dalam pentadbiran sekolah yang melibatkan pelbagai unsur elektronik iaitu menggunakan persidangan video, mel elektronik, mesyuarat secara elektronik, alat kumpulan (groupware) dan syarahan tamu elektronik. Keadaan ini memudahkan pengajaran dan pembelajaran jarak jauh serta keupayaan untuk memudahkan membuat projek sekolah yang selalunya menghadapi kekangan masa, kawasan dan jarak.
Perubahan keenam ialah dalam pembangunan nasional, lnstitusi sekolah akan berhadapan dengan saingan nasional dan antarabangsa termasuk aspek kemudahan awam. Sekolah akan menggunakan jumlah perbelanjaan yang besar dalam membangunkan teknologi maklumat dan mendedahkan peluang untuk memperbaiki perkhidmatan sekolah kepada orang awam.
Perubahan pengurusan sekolah yang menggunakan lCT akan kelihatan bukan sahaja daripada aspek fizikal iaitu peralatan teknologi maklumat dan komunikasi, tetapi juga daripada aspek keadaan sekeliling termasuk motivasi dan kepentingannya kepada pelajar. Dalam hal ini pengurusan mudah untuk ditentukan, madamatnya jelas yang memfokus kepada cita-cita mernperolehi pencapaian persekolahan yang tinggi di samping menyediakan arahan dan peraturan yang komprehensif dalam usaha mendisiplinkan pelajar, serta membantu mengurangi kesilapan pada tahap paling minima. Para guru juga mampu membina perubahan dengan cara menyediakan metodologi pengajaran dan sistem pengajaran yang berkesan dalam membantu dan menyokong pencapaian serta matlamat sekolah.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP