INTEGRITI GURU TERAS PENJAYAAN SEKOLAH BESTARI
>> Sunday, 10 May 2009
Guru merupakan penggerak teras ke arah pembentukan pelajar bestari yang unggul dan berdaya maju. Umum sedia mengetahui guru juga adalah pereka unggul yang mencorak pemikiran dan gaya hidup Malaysia sepanjang masa. Peranan ini cukup besar dan bertanggungjawab untuk dipikul oleh seorang guru. Hakikat inilah yang wajib diterima oleh individu apabila dia bergelar GURU BESTARI.
Apa itu Bestari? merujuk kamus Dewan, edisi empat/ muka surat 175, bestari membawa 2 makna; 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yang baik, 2. beroperasi dengan berbantukan komputer dan, teknologi maklumat. Kesimpulannya seseorang guru itu perlu memiliki integriti yang baik dan berpengetahuan luas dalam bidang teknologi maklumat gunanya untuk menyediakan senario pengajaran dan pembelajaran untuk murid agar selaras dengan perkembangan dunia semasa dan murid itu kelak mampu pentadbir negara atau sekurang-kurangnya mempunyai kesedaran diri yang murni di dalam kehidupannya.
Guru tidak akan dapat mengelak untuk tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini. Untuk maju kita perlu berubah. Berubah dari satu situasi ke situasi dan pengamalan ilmu yang lebih baik. Guru sebagai contoh dan teladan masyarakat seharusnya menampilkan integriti yang baik, berkeyakinan, cinta ilmu dan bijak.
0 comments:
Post a Comment