BERSAMA PENGARAH IPGM, TAWAU

>> Tuesday, 12 May 2009

Pelajar hari ini memerlukan perubahan dan transformasi pengajaran daripada gurunya. Guru perlu berubah sesuai dengan keperluan semasa. Murid sangat suka belajar sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Sebaliknya pembelajaran yang 'chalk and talk' boleh mengundang rasa bosan dan rimas di kalangan pelajar. Implikasinya; pelajar tersebut akan malas dan tidak bermotivasi untuk belajar akhirnya, dia terlibat dengan salah laku disiplin. Demikian perkongsian Pengarah bersama Briged semasa kunjungan Pengarah IPGM, Tawau ke bengkel Briged Bestari baru- baru ini.
Kita pun akan merasa bosan dengan hidangan yang sama setiap hari. Demikian dengan cara pengajaran yang sama setiap minggu diberikan kepada pelajar tanpa perubahan dari segi kaedah dan strategi akan mendatangkan bosan kepada mereka, pesan pengarah.
Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut puan Gulson Begum, Briged Bestari kali ini dilihat memiliki komitmen yang tinggi disamping kemahiran ICT yang baik. Menurutnya lagi komunikasi baik yang ditunjukkan oleh briged menunjukkan nilai dan sikap briged diyakini mampu untuk merealisasikan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing- masing.
Sebelum kunjungan itu berakhir briged turut sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pensyarah IPGM Tawau yang memberi komitmen dalam penyampaian dan bimbingan baik mengenai konsep bestari. Menyentuh hati Pengarah adalah ucapan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU daripada briged.

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP