PENARAFAN MENGGUNAKAN SSQS UNTUK PEMBESTARIAN SEKOLAH TAHUN 2009
>> Sunday, 12 July 2009
Aplikasi ini bertujuan untuk mendapatkan maklum balas berkaitan pembudayaan dan penggunaan ICT di sekolah. Bermula penggunaan secara manual di 88 buah sekolah bestari kini aplikasi ini yang telah dibina berasaskan web akan diperluaskan bagi membuat penarafan di semua sekolah seluruh Malaysia.
Oleh yang demikian Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan menjalankan penarafan sekolah menggunakan Smart School Qualification Standards (SSQS) bagi memenuhi komitmen dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006 - 2010 (PIPP) dan pelaporan kepada pihak Menteri Pelajaran.
Penarafan ini akan dijalankan dari tempoh 13 Julai hingga 20 Ogos 2009 melalui portal SSQS di alamat http://ssqs.moe.edu.my . Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri (BTPN) dan Pusat Kegiatan Guru (PKG) akan menyelaras pelaksanaan tersebut.
Surat pemakluman kepada semua Pejabat Pelajaran Daerah telah diedarkan pada 25 Jun 2009. Surat tersebut juga boleh dimuat-turun di alamat berikut ;
http://www.datafilehost.com/download-4ebb4f0c.html

0 comments:
Post a Comment