Rakan- rakan sekalian. Manfaatkan segala maklumat dalam blog ini. Ini sahaja yang boleh saya bantu. Saya bersyukur kepada Allah SWT kerana masih terus diberi ruang untuk bekerja. InsyaAllah, blog ini akan terus 'diisi' dengan info untuk dikongsi bersama.
Buat bapa segala bapa. Kita juga adalah bapa kepada anak- anak murid.
SEDIA, KE GARISAN ...... GO!
APA ITU SEKOLAH BESTARI?
Sekolah Bestari Malaysia ialah institusi pembelajaran yang direka semula secara SISTEMIK dari segi amalan pengajaran-pembelajaran dan pengurusan sekolah untuk membantu kanak-kanak menghadapi Zaman Maklumat.
4 ELEMEN BESTARI
ELEMEN 1 : CIRI-CIRI PELAJAR
1. Gaya Pembelajaran a. Persekitaran b. Emosi c. Sosiologi d. Fizikal e. Psikologi
2. Kecerdasan Pelbagai a. Linguistik b. Muzik c. Kinestetik d. Interpersonal e. Intrapersonal f. Visual-spatial g. Logik h. Naturalistik i. Spiritual
3. Kompetensi Kecerdasan Emosi
a. Kompetensi Personal i. Kesedaran Kendiri ii. Pengurusan Kendiri iii. Motivasi Kendiri b. Kompetensi Sosial i. Kesedaran Sosial ii. Kemahiran Sosial
ELEMEN KE-2 : PENDEKATAN PEMBELAJARAN
1. Berpusatkan Pelajar 2. Bersifat Individu a.Akses Kendiri b. Kadar Kendiri c. Terarah Kendiri 3. Masteri 4. Berfikrah 5. Berbantukan Teknologi 6. Berasaskan Otak 7. Berasaskan Projek
ELEMEN KE-3 : STRATEGI P&P
1. Direktif 2. Koperatif & Kolaboratif a. Round Table b. Numbered Head Together c. Talking Chips 3. Pemerhatian 4. Generatif 5. Mediatif 6. Kajian Masa Depan 7. Kontekstual 8. Konteks Luar 9. Metakognitif
ELEMEN KE-4: KEMAHIRAN GENERIK
1. Komponen Mentafsir & Menilai a. Penilaian Portfolio b. Penilaian Kendiri c. Penilaian Melalui Pemerhatian d. Penilaian Projek e. Penilaian Ujian f. Kontrak Pembelajaran 2. Kemahiran Berfikir a. Pemikiran Kritis b. Pemikiran Kreatif 3. Kemahiran Belajar a. Carian b. Penyelidikan c. Komunikasi d. Memerhati e. Membaca f. Teknikal g. Mencatat Nota 4. Kemahiran TMK a. P&P Berbantukan Komputer b. P&P Berintergrasikan Komputer 5. Kemahiran Fasilitator
SEKOLAH BESTARI
Pembestarian Sekolah merupakan proses berterusan ke arah meningkatkan lagi penggunaan ICT dalam pendidikan dengan memberi fokus pada peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran (P&P), keberkesanan pengurusan dan pentadbiran sekolah dan kompetensi guru. Program Pembestarian Sekolah juga memberi maksud mengapliksikan konsep Sekolah Bestari iaitu sebagai satu institusi pembelajaran yang direka semula secara sistemik dari segi amalan pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan sekolah untuk membantu murid-murid menghadapi era teknologimaklumat.
Seramai 28 guru- guru penyelaras ICT berkumpul di PKG Sandakan untuk mengadakan bengkel SSQS dan STS. Bengkel ini dipimpin oleh Encik Azmy Ahmad, Penyelaras PKG Sandakan.
Brigd Bestari Junior, SK Kem Tentera beri persembahan lagu Sekolah Bestari semasa Kursus Pemantapan ICTL
Bersama puan Noriaty, pensyarah IPGM, Tawau berbincang mengenai pelan Program Guru Bestari
Briged Bestari Junior bersama Puan Ainie Hj Omar, GB SK Kem Tentera
Kursus Dalaman GURU BESTARI
Program 5 minit Bestari untuk peserta- peserta pelbagai kursus
KATA BESTARI
Ketika anda sampai pada suatu tempat yang sempit dan segalanya seolah- olah melawan anda sehingga terasa seakan- akan anda tidak dapat bertahan seminit lebih lama, JANGANLAH MENYERAH, sebab tempat dan masa perubahan bagi anda telah TIBA!
TERIMA KASIH DAUN KELADI
BRIGED BESTARI MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA PUAN MASNI MADAT (PENGARAH IPGM TAWAU), DR HAJI MOHAMMAD JOHAN ZAKARIA ( TIMB PENGARAH IPGM, TAWAU), ENCIK HUSSEIN BASIRAN (KETUA PENYELARAS BESTARI), PUAN GULSON BEGUM HJ KHALID (TIMB. KETUA PENYELARAS BESTARI), DAN KEPADA SEMUA PENSYARAH YANG TERLIBAT DALAM MEMBIMBING KAMI. TERIMA KASIH DAN SELAMAT HARI GURU. JASA KALIAN TETAP KAMI KENANG.
0 comments:
Post a Comment