JANGAN TOLAK

>> Monday 22 June 2009

bacaan ikrar oleh peserta KDP, Guru Bestari. Kohort 2/2009

Pada Isnin, 29 Jun 2009 merupakan hari sulung bagi peserta KDP, Guru Bestari, Kohort 3/2009 di IPG Tawau. Tentunya sudah ramai peserta hari ini menerima surat panggilan ke kursus berkenaan. Ada yang sedikit menggelabah, ada juga yang belum dapat memutuskan sama ada hadir atau sebaliknya dan tidak kurang juga yang menolak!

Berkongsi pengalaman saya, saya telah dua kali menerima tawaran dan setiap tawaran saya tolak, atas alasan terlalu banyak program sekolah yang perlu dilaksanakan disamping kursus- kursus yang perlu dihadiri. Namun pada tawaran ketiga (Kohort 2/2009) saya tidak lagi menolak lantas menghadirinya, itu pun saya terlambat sehari. Dijangkakan seramai 25 peserta akan menghadiri kursus berkenaan, malangnya hanya 8 peserta sahaja yang berjaya menghadirinya. Kursus ini hampir- hampir dibatalkan, nasib menyebelahi kami, kursus diteruskan!

Selama 4 minggu mentelaah mengenai bestari, saya dan tujuh rakan saya mula menyedari tentang kepentingan dan manfaatnya hadir di kursus ini. Disamping dapat meraih kawan baharu, menimbah ilmu, mengembalikan nostalgia semasa menuntut di maktab (sekarang IPG) saya dapat kesegaran baharu dalam jiwa saya sebagai pendidik. Ianya memuhasabahkan diri saya untuk melihat sejauh mana saya 'pergi' di dalam kerjaya saya sebagai guru.

Andainya semua guru dapat melihat dan merasa 'keindahan' yang tersirat dalam kursus ini, guru- guru akan berlumba- lumba untuk hadir di mana- mana IPG yang menawar kursus ini di Sabah.

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan baharu secara sistematik tentang pengajaran dan pembelajaran selaras dengan perkembangan teknologi maklumat (TMK) hari ini. Ia juga memberi input tambah nilai yang baik dan bertenaga untuk merangsang minda kita sebagai seorang pendidik.

Jika ANDA mendapat tawaran ini, janganlah sekali- kali menolak. Kalau saya tahu manfaat kursus ini begini, saya tak akan menolak semasa panggilan saya yang pertama dahulu. Kepada Briged Bestari 008, saya bersyukur kursus ini mempertemukan kita berlapan untuk manfaat yang lebih besar. TAHNIAH!

Read more...

UNTUK MAJU PERLU KOMITMEN DAN KONSISTEN

>> Thursday 11 June 2009


Projek pembestarian di sekolah bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk dilaksanakan. Tetapi dalam kesukarannya bukan bermakna ia tidak boleh dilaksanakan. Asal jangan kita 'tidur'. Biar merangkak sekalipun itu tidak apa. Orang Melayu kata; kerja yang dibuat bersedikit-sedikit lama- lama ianya akan menjadi bukit dan sehari selembar benang, lama- lama ia menjadi kain. Tambahan lagi usaha ini memang berkait rapat dengan profesionalisme pendidikan kita dan itu memang kerja kita. Pembestarian pun bukanlah untuk menambah beban labih dari itu ia membantu kita untuk menjadi GURU YANG DIKASIHI agar dapat mengajar dengan sempurna kepada anak- anak didik kita. Maka amat rugi sekali! mana- mana guru yang tidak mahu menghadiri kursus Guru Bestari ini. Briged beruntung! Keuntungannya berlipat sebelum kita menghadiri kursus ini. Apakah keuntungan itu?
  1. Kita memperolehi nilai tambah dunia pendidikan dan kependidikan. Dan nilai ini hanya diperolehi bila menghadiri kursus ini.
  2. Kita menjadi lebih berbeza dibandingkan dengan rakan- rakan sejawat kita di sekolah. Perbezaan ini merangkumi perspektif kita terhadap bidang tugas kita, cara berfikir, ketrampilan dan komitmen.
  3. Perkenalan kita. Jalinan perahabatan kita tidak hanya sebagai seorang kawan lebih dari ia satu hubungan persaudaraan seperti adik beradik yang riang, gembira dan ceria selalu.

Nilai ini harus dipupuk dari masa ke semasa. Komitmen dan konsisten kita perlu dibajai dengan kata- kata motivasi, pembacaan dan pengkajian yang berterusan. Di mana ada kemahuan di situ ada kejayaan.

Rakan- rakan Briged Bestari sekalian, saya yakin kepada anda semua! Anda mampu untuk melakukan. SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP