BLOG BRIGED BESTARI DILANCARKAN

>> Friday, 15 May 2009


Laman blog merupakan satu lagi aset perhubungan masa kini yang canggih. Menerusinya seseorang boleh mengetahui maklumat sesuatu isu walau di mana dia berada sekali pun. Sempena dengan majlis penutupan KDP Guru Bestari, blog BRIGED BESTARI, 8 sekawan telah dilancarkan oleh Timbalan Pengarah IPG, Tawau. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah atas kerjasama yang diberikan oleh peserta membina laman tersebut. Laman blog ini akan dijadikan informasi Briged Bestari dari masa ke semasa.

Read more...

MAJLIS PENUTUPAN KURSUS MERIAH


Majlis penutupan KDP Guru Bestari disambut meriah oleh peserta dan pensyarah. Turut hadir dalam majlis tersebut para pelatih IPGM, Tawau. Majlis disempurnakan oleh Yang Berbahagia Timbalan Pengarah IPGM, Tawau. Beliau turut menasihati para peserta agar redha dengan tanggungjawab serta bersunguh-sungguh dalam usaha mentarbiah anak- anak didik di sekolah. Beliau rasa berbangga dan bersyukur KDP Guru Bestari Kohort 2/2009 berjaya dilaksanakan meskipun hanya ada 8 peserta yang menyertainya. 5 peserta datang dari Sandakan dan 3 dari Lahad Datu. Dalam ucapan Ketua Unit, Encik Hatta Yunus menyatakan rasa terima kasih mereka kepada pembimbing kursus bestari ini yang sanggup melayan 'karenah' peserta. Sesungguhnya kursus seumpama ini adalah yang terbaik untuk semua guru, tambah beliau lagi.
Majlis berkenaan turut diisi dengan ucapan para pelatih IPG Tawau, Sambutan Hari Guru, Penyampaian Sijil dan Cenderahati, pertukaran hadiah di antara peserta, jamuan dan salam perpisahan.

Read more...

BERSAMA PENGARAH IPGM, TAWAU

>> Tuesday, 12 May 2009

Pelajar hari ini memerlukan perubahan dan transformasi pengajaran daripada gurunya. Guru perlu berubah sesuai dengan keperluan semasa. Murid sangat suka belajar sesuatu yang baru dan menyeronokkan. Sebaliknya pembelajaran yang 'chalk and talk' boleh mengundang rasa bosan dan rimas di kalangan pelajar. Implikasinya; pelajar tersebut akan malas dan tidak bermotivasi untuk belajar akhirnya, dia terlibat dengan salah laku disiplin. Demikian perkongsian Pengarah bersama Briged semasa kunjungan Pengarah IPGM, Tawau ke bengkel Briged Bestari baru- baru ini.
Kita pun akan merasa bosan dengan hidangan yang sama setiap hari. Demikian dengan cara pengajaran yang sama setiap minggu diberikan kepada pelajar tanpa perubahan dari segi kaedah dan strategi akan mendatangkan bosan kepada mereka, pesan pengarah.
Turut hadir bersama dalam kunjungan tersebut puan Gulson Begum, Briged Bestari kali ini dilihat memiliki komitmen yang tinggi disamping kemahiran ICT yang baik. Menurutnya lagi komunikasi baik yang ditunjukkan oleh briged menunjukkan nilai dan sikap briged diyakini mampu untuk merealisasikan perubahan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah masing- masing.
Sebelum kunjungan itu berakhir briged turut sempat mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga pensyarah IPGM Tawau yang memberi komitmen dalam penyampaian dan bimbingan baik mengenai konsep bestari. Menyentuh hati Pengarah adalah ucapan SELAMAT HARI IBU dan SELAMAT HARI GURU daripada briged.

Read more...

BRIGED DI SK BALUNG

>> Monday, 11 May 2009

Kunjungan Briged Bestari untuk mengadakan simulasi pengajaran dan pembelajaran di SK Balung cukup memberi kesan positif dalam diri briged. Keramahan dan komitmen guru serta pelajar sekolah ini telah memberi semangat untuk briged melaksanakan pembestarian di sekolah. Turut bersama briged ialah puan Gulson Begum, pensyarah juga salah seorang pembimbing utama briged.

Tidak disangkal dan dinafikan, kerja seorang guru menjangkau had masa dan zaman untuk mewujudkan komuniti besar masyarakat yang tahu dan beramal dengan nilai dan ilmu yang diajar oleh seorang guru. Pembestarian bukanlah satu kerja yang membeban dan menyusahkan. Menurut cikgu Saiful Nizam dalam kenyataannya, konsep bestari merupakan satu cara pengajaran dan pembelajaran yang sistematik dan berupaya untuk memudahkan guru mengajar dengan lebih berkeyakinan, bergaya dan seronok.

Pelajar Tahun 6, gembira dengan kunjungan briged

- Guru bestari ialah guru yang memiliki pengetahuan dan integriti dalam membawa pelajar untuk mena'akul, mengkaji ilmu sedalam- dalamnya. Ertinya guru ini bukan setakat mengajar tetapi lebih dari itu guru bestari adalah pembimbing yang cukup kental dan sabar, sedar dan insaf, faham dan tahu akan dirinya sebagai guru. Teknologi juga dilihat sebagai satu aset utama guru dalam menyampaikan ilmu.

bersama dengan ustazah Salmiah, guru SK Balung.

- Briged merakamkan jutaan terima kasih kepada seluruh warga SK Balung kerana memberi ruang kepada briged untuk berinteraksi dengan para pelajar. Briged meletakkan harapan yang tinggi, SK Balung mampu untuk menjadi Sekolag Bestari suatu masa nanti. SK Balung boleh dikunjungi menerusi web :http://www.maxis.communities.com.my/sites/skbalungtawau/index.cfm?h=page&a=home

Read more...

INTEGRITI GURU TERAS PENJAYAAN SEKOLAH BESTARI

>> Sunday, 10 May 2009

lawatan briged BESTARI ke SMK Sains Lahad Datu
Guru merupakan penggerak teras ke arah pembentukan pelajar bestari yang unggul dan berdaya maju. Umum sedia mengetahui guru juga adalah pereka unggul yang mencorak pemikiran dan gaya hidup Malaysia sepanjang masa. Peranan ini cukup besar dan bertanggungjawab untuk dipikul oleh seorang guru. Hakikat inilah yang wajib diterima oleh individu apabila dia bergelar GURU BESTARI.
Briged dikunjungi oleh pelatih- pelatih IPGM, Tawau
Apa itu Bestari? merujuk kamus Dewan, edisi empat/ muka surat 175, bestari membawa 2 makna; 1. cerdas, pandai, berpendidikan, berpengetahuan, berbudi pekerti yang baik, 2. beroperasi dengan berbantukan komputer dan, teknologi maklumat. Kesimpulannya seseorang guru itu perlu memiliki integriti yang baik dan berpengetahuan luas dalam bidang teknologi maklumat gunanya untuk menyediakan senario pengajaran dan pembelajaran untuk murid agar selaras dengan perkembangan dunia semasa dan murid itu kelak mampu pentadbir negara atau sekurang-kurangnya mempunyai kesedaran diri yang murni di dalam kehidupannya.
Briged dikeremuni oleh pelajar-pelajar Tingkatan 5, SMK Balung.
Guru tidak akan dapat mengelak untuk tidak melaksanakan tugas dan tanggungjawab ini. Untuk maju kita perlu berubah. Berubah dari satu situasi ke situasi dan pengamalan ilmu yang lebih baik. Guru sebagai contoh dan teladan masyarakat seharusnya menampilkan integriti yang baik, berkeyakinan, cinta ilmu dan bijak.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP